Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa? Distro Linux,Microsoft Windows dan Mac jadi video. Jadi video macam mana tu? Jangan terpengaruh dengan tajuk yang gempak. Kerana ianya boleh menipu anda wahai sekalian pembaca. Kalau nak jadikan video sebagai wallpaper memang boleh. Tapi,nak jadikan desktop sebagai video. Mana boleh, Kalau boleh pun Mr.Tuto tak tahu. Kena buat penyelidikan lagi.
Yang dimaksudkan dengan desktop Windows,Linux dan Mac anda jadi video tu adalah membuat screencast.
Apa itu screencast: Mengikut pandangan Mr.Tuto. Screencast bermaksud merakam semua perkara atau aktiviti yang berlaku pada skrin komputer anda.
Adakah rumit untuk membuat screencast: Untuk membuat screencast ia bukanlah serumit mana pun. Hanya memerlukan 2 atau 3 aplikasi sahaja. Tapi untuk membuat screencast itu hanya memerlukan 1 aplikasi sahaja. Lagi dua apa. Sudah semesti perisian pengeditan. Pertama,perisian untuk edit screencast seperti tambah bubbles pada video dan sebagainya. Kedua,kita memerlukan perisian penukaran format atau dalam bahasa inggerisnya converter software. Apa tujuan converter ini. Ia bertujuan untuk menukar extensi fail video tersebut seperti .mkv kepada flv,avi dan sebagainya.
Untuk apa screencast ini dibuat: Selalunya,screencast ini dibuat oleh pengeluar-pengeluar perisian untuk membuat review untuk perisian keluarannya supaya memudahkan pengguna. Bila memudahkan pengguna maka hati pengguna akan senang. Bila hati pengguna senang maka perisian yang mereka keluarkan akan menambat hati pengguna untuk mengikuti perkembangan perisian pengeluaran mereka. Selain itu,screencast ini juga dibuat untuk memberi review kepada sistem operasi. Selalunya review sistem operasi tersebut akan menunjukkan kelebihan menggunakan sistem operasi mereka. Selain daripada membuat review, Screencast juga memudahkan anda untuk membuat tutorial tentang masalah-masalah rumit sesuatu perisian mahupun masalah bagi sesuatu sistem operasi. Otak kita lebih berminat kepada sesuatu yang bergerak berbanding kaku. Ok, itu sahaja pengenalan kepada screencast.
Perisian-perisian screencast percuma: Segala perisian screencast tidak pernah dicuba oleh Mr.Tuto. Jadi,anda perlu ikut gerak hati anda. Tutorial cara penggunaannya juga tidak disertakan.
1. Untuk pengguna operasi sistem Windows Mr.Tuto mengesyorkan untuk anda menggunakan perisian CamStudio. Kerana antaramukanya cukup ringkas dan mudah difahami. Yang penting ianya adalah perisian percuma.
2. Untuk pengguna operasi sistem Linux. Mr.Tuto mengesyorkan anda untuk menggunakan perisian Kazam Screencaster . Sila gunakan ppa dibawah untuk install Kazam Screencaster.
sudo add-apt-repository ppa:vanhoof/kazam-scratch
sudo apt-get update
sudo apt-get install kazam
3. Untuk pengguna operasi sistem Mac OS X. Mr.Tuto mengesyorkan Jing kepada anda untuk menggunakan kerana ianya percuma dan mudah mungkin.
Selamat membuat screencast.