Monday, January 9, 2012

#20 Anda Kaki Permainan Video Windows? Graphic Card Hanya 64 MB! Mungkin Ini Penyelesaiannya.

               Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar sidang pembaca sekalian. Harapnya sihat Walafiat. Adakah anda seorang yang gemarkan permainan komputer khususnya bagi pengguna Microsoft Windows. Sekiranya anda kaki permainan sudah pasti anda peka dengan keadaan semasa. Hahaha!  Zaman sekarang ini,agak sukar untuk mencari permainan baru yang memerlukan kad grafik 64 MB. Huh. Dunia semakin maju,yang kurang berpengetahuan bukan mungkin tetapi sudah semestinya akan ditinggalkan. Cukup sampai disini pengenalan kita. Kita teruskan kepada tujuan hidup kita untuk mengatasi masalah kekurangan kehebatan kad grafik. Nak bina ayat macam bro pr67am™ dari laman My Hackers Are Here memang sukar. Tetapi Mr.Tuto akan mencuba sebaik mungkin.
             
               Bagaimana caranya untuk kita menaik taraf kad grafik 64 MB kemungkinan besar menjadi 128 MB. Tanpa mengeluarkan wang saguhati kita dapat menaik taraf kad grafik dengan bantuan perisian pihak ketiga. 3D Analyzed atau Virtual VGA itulah nama yang diberikan oleh pengeluar perisian ini. Apa yang Mr.Tuto dapat daripada pelbagai laman yang menceritakan tentang perisian ini. Katanya, perisian dapat meningkatkan prestasi VGA kita. Dengan erti kata lain. Sekiranya anda mempunyai komputer lama yang sistemnya cukup lemah. Mungkin perisian ini dapat membantu anda. Rujuk dibawah :-


1 GB DDR RAM
Pentium 4 (2.4 GHz)

Onboard Graphics Card (Intel) with 64 MB graphics memory.


Dan selepas anda menggunakan perisian 3D Analyzed atau Virtual VGA kemungkinan sistem anda mungkin menjadi seperti ini :-


1GB DDR RAM
Pentium 4 (2.4 Ghz)
NVIDIA GeForce FX 5900 Ultra with 128 MB graphics memory.



-Cuba anda perhatikan pada perkataan yang dihitamkan. Nampak perbezaannya?

Maaf segala ilustrasi dibawah adalah bantuan daripada laman sedia ada. Dalam erti kata lain 'copy and paste'. Mr.Tuto tidak kesampaian untuk mencuba kerana Microsoft Windows bermasalah.

1. Untuk Memulakan kerja menaik taraf kad grafik anda. Sila muat turun perisian 3D Analyze.
Klik di sebelah ---> 3D Analyze. Klik pada gambar disket untuk memuat turun.


2. Selepas memuat turun perisian 3D Analyzed. Extract dan jalankan perisian 3D Analyze.


3. Seterusnya. Klik butang Select

Photobucket

4. Pilih permainan yang anda kehendaki. Ektensi fail mestilah .exe (Executable file).

Photobucket

 5. Tanda seperti gambar di bawah dan klik pada butang RUN

Photobucket