Thursday, December 22, 2011

#18 Everything. Mencari Fail Dengan Lebih Mudah

          Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada entri kali ini Mr.Tuto akan memberikan tutorial tentang bagaimana mencari fail pada Windows dengan sangat mudah. Kali ini kita akan menggunakan perisian Everything. Apabila anda menggunakan Windows 7,fungsi Search yang sedia ada akan memberikan sedikit kemudahan kepada anda untuk mencari sesuatu fail. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda menggunakan Windows XP. Fungsi Search pada Windows XP tidak cukup bagus. Jadi anda memerlukan perisian Everything untuk membantu anda. Sekiranya anda menggunakan Windows 7 nak guna perisian ini pun boleh juga. Lebih mudah dan tidak melambatkan sistem komputer anda. Kita berkenalan sebentar dengan perisian Everything.

1. Kunjungi dahulu laman Everything.

2. Tahukah anda sebab apa Mr.Tuto katakan ia tidak akan melambatkan sistem anda. Kerana saiz fail Everything ini hanya 334 KB sahaja. Dari segi saiz fail memang sudah terbukti penggunaan sistem anda.

3. Bila saiz dah kecil takkan penggunaan memori akan besar. Tak logik. Tak boleh diterima oleh akal. Tak boleh diterima oleh umum.

4. Antaramukanya cukup mesra alam. Sebab ringkas. Maknanya perisian ini dicipta adalah tujuannya adalah untuk memudahkan anda.

5. Belum mempunyai minat untuk menggunakan perisian Everything ini lagi. Minta maaf Mr.Tuto tidak boleh untuk menjawab lagi. Kunjungilah laman Everything dan nilailah sendiri.


Sekian terima kasih. Selamat mencuba.