1. Anda memerlukan satu perisian yang diberi nama EasyBCD.
Klik disini untuk memuat turun perisian EasyBCD. Sekarang ini versi 2.1.2.156
(Saiz hanya 1.4 MB Sahaja)
2. Selepas anda muat turun. Apa yang perlu anda lakukan. Install lah. Macam mana nak install.
Tak perlulah Mr.Tuto terangkan lagi. Tekan butang Next je.
3. Jalankan perisian EasyBCD. Tampilan pertama EasyBCD adalah sekitar macam ini. Sekiranya lain Mr.Tuto rasa anda salah muat turun perisian ataupun anda menggunakan
versi lama.
4. Ikut seperti paparan di atas.
- Pada tab EasyBCD Toolbox, klik pada ruangan BCD Deployment.
- Pada ruangan MBR Configuration Options. Pilih Windows yang anda guna. Hanya untuk Windows XP/Vista/7.
- Dan tekan butang Write MBR. Tunggu sehingga selesai.
- Cuba anda Restart dan lihat samada grub menu Linux ada lagi ke tak. Tak nak Restart pun tak apa. Sebab masih ada kerja lain yang perlu di selesaikan
5. Seterusnya pada langkah ini. Anda perlu membuang Partition Distro Linux. Maaf tiada paparan untuk membuang Distro Linux. Kerana Mr.Tuto sedang menggunakan komputer orang lain.
- Klik-kanan My Computer/Computer. Dan pilih Manage. Seterusnya klik pada Disk Management Ataupun klik Run dan taip diskmgmt.msc
- Klik-kanan Partition Linux anda dan pilih Delete Volume.
- Klik-kanan daripada mana asalnya partition Linux tu. Pilih Extend Volume. Tujuannya adalah untuk mengembalikan space hard disk yang anda gunakan untuk menginstall linux dahulu.
Sebarang kemusykilan atau ketidakfahaman. Bolehlah memberitahu di ruangan komen.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment