Wednesday, December 7, 2011

#11 Portal IslamGRID

            Ok. Pada entri kali ini Mr.Tuto tidak akan menceritakan tentang tutorial,tips dan trik. Tetapi Mr.Tuto akan berkongsi ilmu dari segi memantapkan akidah umat Islam khususnya di dalam Malaysia. Ini adalah entri pertama Mr.Tuto yang tidak berkisarkan kepada tutorial,tips dan trik. Sebenarnya laman Malay Tutorial ini bukan menceritakan tentang tutorial,tips dan trik sahaja. Tetapi merangkumi segala bentuk aspek kehidupan. Sebagai umat Islam kita haruslah menjadi seorang muslim dan mukmin yang sejati. Jangan hanya Islam pada kad pengenalan sahaja. Baru-baru ini kita telah menyambut Maal Hijrah. Apa salahnya kita berubah kepada kebaikan. Ok. Mr.Tuto akan menceritakan sedikit tentang Portal IslamGRID ini. Portal IslamGRID ini dibina atas kerjasama daripada pihak MAMPU dan JAKIM. Tujuan Portal IslamGRID ini dibina adalah untuk mengumpul,memulihara,menyebar dan mempromosi ilmu Islam kepada semua umat Islam global. Selebihnya boleh dibaca di Portal IslamGRID di halaman Mengenai IslamGRID. Terdapat juga halaman Doa Zikir Harian yang disertakan di dalam portal ini. Yang penting ia di dalam bentuk video kanak-kanak agar lebih menceriakan suasana untuk belajar dan menghafaz. Tanpa membuang masa bolehlah anda mengunjungi ke Portal IslamGRID untuk belajar mengenai Islam dan memantapkan lagi akidah kita bersama.


Klik disini untuk mengunjungi Portal IslamGRID.


Photobucket


Photobucket

Selamat menelaah.

No comments:

Post a Comment