Saturday, February 18, 2012

#28 Adblock Dan Better Pop Up Blocker.

       Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,apa khabar sidang pembaca sekalian. Diharap sihat sejahtera. Entri pada kali ini dikhususkan kepada pengguna Google Chrome,Chromium,Chrome Plus mahupun sekutu Google Chrome yang lain. Entri ini akan membantu anda  untuk membunuh atau menyembunyikan ads yang terlalu banyak pada sesebuah laman. Siapa yang tidak kenal akan Adblock, Satu 'extension' yang cukup hebat untuk membunuh atau menyembunyikan ads yang melampau. Penggunaan Adblock sahaja tidak cukup untuk membunuh atau menyembunyikan 'ads' ia harus bergabung dengan satu 'extension' yang bagus dan berkualiti. Itulah Better Pop Up Blocker. Better Pop Up Blocker digunakan untuk melawan pop up yang akan keluar secara automatik pada sesuatu laman. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa dunia 'internet' adalah dunia dimana manusia mencari pendapatan sampingan. Jadi mereka akan meletakkan ads yang terlalu banyak sehingga menyebabkan laman mereka menjadi terlalu lembab/lambat untuk dibuka. Sebagai seorang 'blogger',kita seharusnya tidak meletakkan terlalu banyak ads dan pop up ads. Ini akan menyebabkan seseorang pengunjung akan berasa tertekan dan menyirap atas perbuatan kita. Jadi secara tidak langsung kita juga yang akan mengalami kerugian.

Friday, February 17, 2012

#27 My Hackers Are Here dan OMG! Hackers?. Apa Persamaannya?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera bagaimana kesihatan sidang pembaca sekalian. Diharapnya sihat sejahtera dan baik belaka. Entri kali ini akan memberitahu tentang satu laman yang wajib dikunjungi dan laman Bahasa Melayu yang hebat. Laman tersebut adalah My  Hackers Are Here. Apa pula persamaannya dengan OMG! Hackers?. Adakah laman OMG! Hackers? ini telah mencetak rompak entri daripada laman My Hackers Are Here. Oh tidak sama sekali. Sekiranya anda seorang yang peka terhadap isu semasa,sudah pasti anda akan mendapati bahawasanya laman My Hackers Are Here yang selama ini anda kunjungi sudah tidak dapat dikunjungi lagi.

   Huh! Bagaimana dengan ilmu yang selama ini dicurahkan kepada kami? Usah menggusarkan hati anda. Segalanya terselamat. Yang tidak terselamat cuma nama domain myhackersarehere.com. Walaupun nama domain sahaja yang tidak terselamat,namun begitu,ia hampir mempengaruhi keseluruhan laman ini.

Friday, February 3, 2012

#26 Similar Sites.

         Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Apa khabar,semoga sihat sejahtera. Kenapa kita perlu sihat? Pernah anda lihat orang sakit 'online'?. Terbaring je. Kita perlu sihat sekiranya ingin menuntut ilmu. Itulah sedikit mukaddimah daripada Mr.Tuto. 

          'Similar sites' atau dalam Bahasa Melayunya laman yang serupa/menyerupai/hampir sama dan pelbagai lagi nama yang boleh anda gunakan. Apakah kepentingan laman similar sites ini? Secara tidak langsung,laman ini memang sangat berguna untuk anda tanpa anda sedari. Sebelum ini Mr.Tuto ada menaip/menulis entri tentang JumboFiles.com alternatif kepada Mediafire [Klik Sini]. Dari mana Mr.Tuto dapat laman JumboFiles ini? Sudah semestinya daripada laman 'similar sites' yang bertebaran di alam maya. Nanti Mr.Tuto akan senaraikan hasil daripada Google. Sebenarnya banyak lagi laman perkongsian fail yang hampir menyerupai mediafire. Tapi untuk membuat entri Mr.Tuto telah memilih JumboFiles sebagai punca kepada laman-laman yang lain. Mengapa Mr.Tuto katakan laman 'similar sites' ini sangat penting. Kerana laman ini akan memudahkan anda untuk mencari laman yang hampir serupa dengan laman yang anda kehendaki. Cukuplah sampai disini. Mr.Tuto tidak mahu menulis lebih panjang lagi tentang laman 'similar sites' anda kunjungi laman 'similar sites' dan anda rasai kenikmatan laman tersebut. Sebelum itu,Mr.Tuto ingin sumbatkan laman yang mungkin menjadi alternatif kepada Mediafire.com. Laman tersebut ialah PutLocker.com [Klik Sini] dan GRupload.com [Klik Sini].

Thursday, February 2, 2012

#25 Rapidleech Yang Masih Beroperasi

               Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Sebelum ni Mr.Tuto ada menceritakan tentang Rapidleech dan cara penggunaannya. Sila rujuk entri lama Mr.Tuto [Klik Sini]. Tetapi sekarang ni ada beberapa laman Rapidleech yang "tutup kedai" dan ada yang masih beroperasi. Antara laman yang masih beroperasi dan terbaik bagi Mr.Tuto adalah laman Speedonic.com [Klik Sini]. Laman Speedonic antara laman yang Mr.Tuto gemar kerana laman ini cukup peka dengan keadaan semasa. Sebab apa? Sebab sebelum ini laman ini hanya membekalkan dua laman perkongsian fail iaitu Filesonic.com dan WUpload.com. Tetapi disebabkan kejadian yang menimpa seluruh penggemar barang cetak rompak. Banyak laman perkongsian fail ditutup atas kesalah hak cipta terpelihara. Jadi laman Speedonic.com telah menukar kepada beberapa laman perkongsian fail yang masih beroperasi dan berkerja dengan baik pada masa sekarang ini seperti Wupload,Rapidshare,Hotfile,Deposit Files dan Uploading. 

Laman-laman rapidleech lain yang masih beroperasi :-

Wednesday, February 1, 2012

#24 Aero untuk Windows 7 Starter

        Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Hari ini Mr.Tuto tidak mahu berceloteh banyak. Hanya untuk memperkenalkan satu perisian yang akan membuatkan kemunculan Aero Glass pada Windows 7 Starter. Mungkin sebelum ini untuk mencantikkan latar belakang Windows 7 Starter anda akan menggunakan perisian pihak ketiga seperti Windows Blind,Winstep Nexus dan pelbagai perisian untuk mencantikkan lagi latar belakang Windows 7 anda.


        Apabila anda mempunyai perisian ini maka secara automatiknya anda boleh menukar gambar latar belakang. Anda tidak memerlukan lagi perisian yang boleh memberatkan jalan kerja komputer anda.