Sunday, January 29, 2012

#23 Alternatif Mediafire.com

               Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar hendaknya sihatlah ya. Kali Mr.Tuto hendak menceritakan tentang satu laman perkongsian yang boleh dijadikan alternatif kepada laman Mediafire.com mahupun laman perkongsian yang lain. JumboFiles.com adalah laman yang hampir menyerupai Mediafire.com dari segi kelajuaan muat turun. Anda boleh dapat 16 mirror/channel apabila anda menggunakan Internet Download Manager. Amacam sama tak. Selain mempunyai kelebihan JumboFiles.com juga mempunyai kekurangan. Kekurangannya adalah mempunyai limit dari segi penyimpanan. Anda hanya dibekalkan 500 GB sahaja. Sekiranya anda seorang blogger yang membekalkan filem,perisian,permainan cetak rompak dan sentiasa mengemaskini dari masa ke semasa, sekurang-kurangnya anda memerlukan dua ke tiga akaun. Hahaha. Buat masa ni. Laman JumboFiles belum lagi tersenarai dalam perkongsian yang akan ditutup disebabkan SOPA,PIPA dan ACTA. Walaupun ilmu perlu dikongsi namun disarankan aktikel kali ini anda simpan je dalam otak dan sematkan didalam hati. Takut ramai yang tahu maka secara automatik laman ini pula akan jadi mangsa sekatan internet. Cukup sampai disini coretan Mr.Tuto tapi sebelum itu mari kita berkenalan dengan laman perkongsian JumboFiles.com.

Wednesday, January 25, 2012

#22 Disposable Email Address.

               Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Apa khabar,diharapnya sihat sejahtera. Hari ini Mr.Tuto hendak menceritakan tentang 'Disposable Email Address' boleh juga dikenali sebagai 'Temporary Email Address' atau Email Sementara

Definisi dan huraian email sementara:-
- Email sementara adalah email yang digunakan hanya sementara atau di tetapkan untuk 
  menggunakannya selama beberapa jam,hari,minggu,mahupun bulan.
- Kegunaan email sementara ini adalah untuk membuat percubaan terhadap sesuatu    laman yang memerlukan anda membuat pendaftaran sebelum menggunakan perkhidmatan yang 
  mereka sediakan. 
- Juga untuk mengurangi 'Email Spam'. Tentunya anda akan berasa menyirap sekiranya inbox anda dipenuhi dengan email yang tak berfaedah. Contohnya email tersebut memberitahu 'wemiss you Mr.Tuto'. Sunguh menyakitkan hati!

Tuesday, January 17, 2012

#21 Anda Seorang Mangsa Penggunaan RAM Windows 7? Ini Mungkin Meringankan Beban Anda.

              Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. RAM anda sungguh sedikit atau kecil? Hanya 512 MB sahaja. Mengapa anda mengada-ngada hendak menggunakan Windows 7 sekiranya RAM anda kecil atau kurang 'power' . Segeralah menaiktarafnya atau anda boleh mencuba tutorial ini. Atau anda perlulah segera beralih ke sistem operasi Linux. Harga RAM sekarang seperti harga biskut didalam tin jenama Jacob's . Sebahagian kedai komputer/kedai membaiki komputer atau kedai yang berkenaan dengan komputer dari 'hardware' hingga ke 'software' ada juga menawarkan pakej untuk pelajar. Jadi tidak ada masalah untuk menaiktaraf RAM anda.

              Ada beribu kelebihan Windows 7 berbanding Windows keluaran sebelumnya. Salah satunya ialah servis "Superfetch". Apa yang dilakukan oleh Superfetch ini. Superfetch adalah satu servis di Windows 7 yang mana ia menyimpan sedikit penggunaan RAM. Tujuannya untuk apa? Tujuannya adalah untuk mempercepatkan proses pembukaan sesuatu program selepas ianya ditutup atau dipadamkan. Sekiranya anda memiliki RAM yang sedikit. Mungkin anda perlu mematikan servis Superfetch ini untuk menjimatkan penggunaan RAM yang melampau. Tanpa perlu berbahasa basi lagi. Marilah kita mematikan fungsi/servis Superfetch ini.

Monday, January 9, 2012

#20 Anda Kaki Permainan Video Windows? Graphic Card Hanya 64 MB! Mungkin Ini Penyelesaiannya.

               Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar sidang pembaca sekalian. Harapnya sihat Walafiat. Adakah anda seorang yang gemarkan permainan komputer khususnya bagi pengguna Microsoft Windows. Sekiranya anda kaki permainan sudah pasti anda peka dengan keadaan semasa. Hahaha!  Zaman sekarang ini,agak sukar untuk mencari permainan baru yang memerlukan kad grafik 64 MB. Huh. Dunia semakin maju,yang kurang berpengetahuan bukan mungkin tetapi sudah semestinya akan ditinggalkan. Cukup sampai disini pengenalan kita. Kita teruskan kepada tujuan hidup kita untuk mengatasi masalah kekurangan kehebatan kad grafik. Nak bina ayat macam bro pr67am™ dari laman My Hackers Are Here memang sukar. Tetapi Mr.Tuto akan mencuba sebaik mungkin.