Thursday, December 22, 2011

#17 Giveaway of the Day. Pusat Barang Percuma Untuk Anda.

         Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Tahukah anda bahawa anda boleh mendapatkan perisian yang berbayar secara percuma. Bila dikatakan percuma bermakna tiada dana yang akan diminta. Bila tiada dana yang diminta bermakna anda boleh menggunakannya dengan tanpa perasaan was-was dan ragu-ragu. Tapi anda diberi masa yang terhad untuk memuat turun perisian tersebut. Siapa cepat dia dapat. Saat ini Giveaway of the Day memberikan anda perisian Paragon System Backup 10.5 dan masa yang diberikannya hanya tinggal 1 jam sahaja lagi. Tanpa membuang masa mari kita berkenalan dengan laman Giveaway of the Day.

1. Sila kunjungi laman Giveaway of the day.

2. Saat anda menggunakan perisian yang dimuat turun daripada laman Giveaway of The Day. Anda harus menepati syarat dikenakan. Antara syaratnya ialah :
  1. Tiada sokongan teknikal. Bermakna segala masalah adalah dibawah tanggungan anda.
  2. Anda tidak dibenarkan menaiktaraf perisian yang dimuat-turun daripada laman ini. Sekiranya anda menggunakan Paragon System Backup 10.5 maka anda tidak boleh menaiktaraf ke versi yang akan datang.
  3. Segala perisian yang dimuat turun daripada laman ini adalah untuk penggunaan perseorangan. Anda tidak boleh menyebarkan perisian yang dimuat turun daripada laman ini.
  4. Sekiranya anda mematuhi peraturan dari laman ini. Anda layak memiliki perisian ini secara percuma.

Apa yang anda tunggu lagi. Kunjungilah laman ini setiap hari. Dan dapatkan perisian berbayar secara percuma.