Assalamualaikum. Apa khabar. Diharap pelawat sihat sejahtera. Ok.Hari ini Mr.Tuto nak berkongsi satu perisian untuk mengambil screenshot pada sistem operasi Windows. Sebenarnya ada cara manual untuk mengambil screenshot pada sistem operasi Windows. Tetapi ianya terhad dan agak menyusahkan. Tetapi itu dulu. Zaman sekarang tidak susah seperti dulu. Tanpa membuang masa kita teruskan kepada usaha kita. Tahukah anda apabila anda menggunakan sistem operasi Linux anda telah dibekalkan dengan perisian untuk mengambil screenshot. Tapi bagaimana pula untuk anda mengambil screenshot sekiranya anda menggunakan sistem operasi Windows. Memang terdapat pelbagai perisian untuk mengambil screenshot pada sistem operasi Windows. Tapi kebanyakannya memerlukan dana untuk menggunakannya,dengan erti kata lain anda harus membelinya. Sekiranya anda memang tidak gemar untuk menggunakan barang yang sudah disediakan crack/patch dan sebagainya. Tentu anda bersusah payah untuk mencari penyelesaian. Sebab itulah Mr.Tuto membuat entri berkaitan ini, agar anda dapat mencari jalan penyelesaian untuk mengambil screenshot. Lebih-lebih lagi apabila anda seorang pelajar. Dengan menggunakan perisian Greenshot anda dapat mengambil screenshot dengan mudah. Kerana Greenshot sudah tersedia di taskbar Windows anda cuma perlu klik-kanan pada ikon Greenshot dan pilih sudut manakah yang anda ingin ambil. Terdapat tiga pilihan yang boleh anda gunakan untuk mengambil screensho.
1. Capture region (mengambil gambar sebahagian sudut sahaja)
1. Capture region (mengambil gambar sebahagian sudut sahaja)
2. Capture window (mengambil gambar Window yang aktif)
3. Capture full screen (ambil gambar penuh desktop anda)
Apa yang ditinggu lagi. Kunjungilah laman greenshot.org segera.
Selamat mencuba.
Sumber : Sumber Komputer.