Sunday, December 4, 2011

#4 Meningkatkan Prestasi Distro Linux aka Tambah RAM.

               Ok. Kali ini Mr.Tuto akan memberikan tutorial kepada pengguna Linux. Disini Mr.Tuto ingin menegaskan kepada sesiapa yang belum pernah mencuba Distro Linux ini,segaralah beralih ke Linux dan jangan hanya bergantung kepada Windows sahaja. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Windows mempunyai antara pengguna yang ramai. Semasa kita membeli komputer,kita akan dibekalkan sistem operasi Windows. Kerana itulah kita tidak dapat lari daripada menggunakan Windows ini. Jangan takut untuk menggunakan Linux, kerana Linux cukup mudah difahami oleh pengguna baru. Apabila anda menggunakan Linux anda boleh melakukan kerja menggodek dengan menggunakan terminal (nampak pro sikit). Linux juga seperti Windows. Di Windows, apabila anda menghilangkan fail penting pada Folder Windows kemungkinan Windows anda tidak boleh digunakan dan anda harus format. Begitu juga pada Linux dan operating system lain.  Tanpa membuang masa,marilah kita meneruskan tugas kita yang sepatutnya.

                Seperti yang anda ketahui pada entri kali ini akan membincangkan cara meningkatkan prestasi Distro Linux. Anda memerlukan satu software bernama Z-Ram. Software ini akan meningkatkan prestasi Linux anda. Z-Ram akan bekerja apabila anda mempunyai memori yang sedikit. Sekiranya anda mempunyai memori yang besar/tinggi secara automatik Z-Ram tidak akan menjalankan tugasnya. Bermakna Z-Ram akan berfungsi pada sistem operasi Linux yang mempunyai memori yang sedikit. Z-Ram ini sesuai digunakan pada komputer lama . Ada dua cara untuk kita install Z-Ram ini. Iaitu menggunakan terminal dan menggunakan fail .deb sesuai untuk semua Distro Linux.


Terminal :

sudo add-apt-repository ppa:shnatsel/zram
sudo apt-get update 
sudo apt-get install zramswap-enabler


File extension .deb (Download dengan cara mudah) :
Z-Ram


Cuba guna Terminal dulu.


Sumber : Tutorial Komputer (emansite)

No comments:

Post a Comment