Saturday, December 3, 2011

#3 Membina Sistem Operasi Linux Dengan Mudah.

Siapa yang tak mahu membuat sistem operasi sendiri. Lebih-lebih lagi menggunakan Distro Linux yang bebas virus buat masa ini. Mr.Tuto juga dah buat satu Distro linux menggunakan Gnome sebagai antaramuka Linux Mr.Tuto . Selain itu Linux juga mudah dikendalikan berbanding operating system lain. Dengan menggunakan Suse Studio anda dapat membina sistem operasi linux secara atas talian. Rasanya Suse Studio ini dibawah kendalian OpenSuse,salah satu Distro yang popular juga. Tanpa melengahkan masa marilah kita sama-sama membina Distro Linux yang bakal bersaing dengan Windows dan Macintosh.

1. Kunjungilah laman Suse Studio
2. Klik butang Sign in or create an account. Buat masa ini sudah lebih daripada 5 ribu distro Linux dibawah Suse Studio dibina.
3. Pilih akaun mana yang akan anda gunakan untuk masuk ke dalam laman ini. Disarankan menggunakan Google Email (Gmail) kerana lebih cepat dan mudah.
4. Sign in dan Allow Suse Studio mengakses akaun anda. 
5. Masukkan Display name dan Email diruangan yang diberikan. User type jika perlu. Dan klik butang Yes,I Agree Terms of Use.
6. Pilih samada komputer anda menggunakan sistem 32-bit atau 64-bit. 
Anda boleh memeriksanya dengan klik-kanan My Computer.
7. Beri nama Desktop anda
8. Di bahagian kiri anda boleh menambah packages dan mengetahui 'space' anda.
9. Bermula dengan butang Start dan berakhir dengan butang Build. 
10. Anda juga boleh share kepada rakan-rakan anda.


Anda juga boleh mencuba sistem operasi linux yang lain dengan mengklik Gallery. Selamat mencuba sistem operasi buatan mereka.


Selamat mencuba.


Sebarang kemusykilan boleh tanya diruangan komen. InsyaAllah Mr.Tuto akan membantu.


Sumber : Cyber Meong.

No comments:

Post a Comment