Thursday, December 8, 2011

#12 Leech! Muat Turun Dengan Kelajuan Tinggi.

Sebelum kita memulakan topik kita. Marilah kita mengenali apa itu Leech.


Apa itu Leech?
Dengan bahasa mudahnya Leech bermaksud memuat turun dua kali. Leech juga sama seperti Premium Account dan Premium Cookies. Sebahagian Leech hanya membekalkan kelajuan yang tinggi tetapi tidak boleh disambung (resume) proses memuat turun tersebut.


Apa yang dimaksudkan memuat turun dua kali itu?
Memuat turun dua kali itu bermaksud, kita ambil contoh Filesonic.com. Apabila anda memuat turun sesuatu fail dari Filesonic anda hanya akan memuat turun sekali sahaja berbanding apabila anda menggunakan Leech. Sekiranya anda menggunakan Leech anda perlu memuat turun dua kali. Apabila anda memasukkan sesuatu link daripada Filesonic ke laman Leech. Laman leech tersebut akan melakukan proses transload. 


Apa yang dimaksudkan dengan Transload?


Server Filesonic ---> Server Laman Leech ---> Ke Komputer
                  (Transload)                     (Download)


Seperti gambaran diatas. Anda dapat lihat bahawa proses transload itu memberi maksud perpindahan dari server-to-server. Bermakna sebelum anda memuat turun sesuatu fail dari laman Leech. Pihak Leech akan menyimpan di dalam database mereka dahulu sebelum membenarkan anda memuat turun daripada laman mereka. Itu yang dinamakan dua kali download. Pertama download daripada laman  file hosting ke laman Leech dan kedua dari laman Leech ke komputer anda.

Kita akan gunakan laman Leech Link To Premium.


Photobucket


Ciri-ciri Link To Premium yang dapat diperolehi oleh Mr.Tuto.
  • Sudah semestinya percuma.
  • Membenarkan 5 kali Transload untuk satu ip. Nak guna banyak kali? Gunalah VPN.
  • Auto delete 4 jam selepas Transload.
  • Tiada masa menunggu untuk transload. Selepas klik butang Download File terus diberi   premium download link.


Cara-cara memuat turun menggunakan laman Leech Link To Premium.

1. Masukkan link File Hosting ke dalam ruangan Link to Transload :. Disini Mr.Tuto menggunakan file hosting Megaupload. Sila lihat kotak Plugin sebelum memuat turun.

2Klik butang Download File

Photobucket

3.Anda akan dibawa ke halaman transload. Klik link di dalam ruangan Download.


Photobucket

4. Anda akan disambungkan ke Internet Download Manager, sekiranya anda menggunakannya. Klik butang Download Later atau Start Download. Alah macam tak biasa pula.


Photobucket

5. Lihatlah hasilnya. Anda boleh dapat 16 channel/mirror download. Anda boleh resume. Dan kelajuan download bergantung kepada sambungan talian anda.

Photobucket

Selamat mencuba.


Selain itu,terdapat juga Leech lain yang boleh anda gunakan.