Friday, December 23, 2011

#19 Desktop Windows/Linux/Mac Anda Jadi Video!

       Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa? Distro Linux,Microsoft Windows dan Mac jadi video. Jadi video macam mana tu? Jangan terpengaruh dengan tajuk yang gempak. Kerana ianya boleh menipu anda wahai sekalian pembaca. Kalau nak jadikan video sebagai wallpaper memang boleh. Tapi,nak jadikan desktop sebagai video. Mana boleh, Kalau boleh pun Mr.Tuto tak tahu. Kena buat penyelidikan lagi.

        Yang dimaksudkan dengan desktop Windows,Linux dan Mac anda jadi video tu adalah membuat screencast.

Apa itu screencast: Mengikut pandangan Mr.Tuto. Screencast bermaksud merakam semua perkara atau aktiviti yang berlaku pada skrin komputer anda.

Thursday, December 22, 2011

#18 Everything. Mencari Fail Dengan Lebih Mudah

          Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada entri kali ini Mr.Tuto akan memberikan tutorial tentang bagaimana mencari fail pada Windows dengan sangat mudah. Kali ini kita akan menggunakan perisian Everything. Apabila anda menggunakan Windows 7,fungsi Search yang sedia ada akan memberikan sedikit kemudahan kepada anda untuk mencari sesuatu fail. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda menggunakan Windows XP. Fungsi Search pada Windows XP tidak cukup bagus. Jadi anda memerlukan perisian Everything untuk membantu anda. Sekiranya anda menggunakan Windows 7 nak guna perisian ini pun boleh juga. Lebih mudah dan tidak melambatkan sistem komputer anda. Kita berkenalan sebentar dengan perisian Everything.

1. Kunjungi dahulu laman Everything.

2. Tahukah anda sebab apa Mr.Tuto katakan ia tidak akan melambatkan sistem anda. Kerana saiz fail Everything ini hanya 334 KB sahaja. Dari segi saiz fail memang sudah terbukti penggunaan sistem anda.

3. Bila saiz dah kecil takkan penggunaan memori akan besar. Tak logik. Tak boleh diterima oleh akal. Tak boleh diterima oleh umum.

4. Antaramukanya cukup mesra alam. Sebab ringkas. Maknanya perisian ini dicipta adalah tujuannya adalah untuk memudahkan anda.

5. Belum mempunyai minat untuk menggunakan perisian Everything ini lagi. Minta maaf Mr.Tuto tidak boleh untuk menjawab lagi. Kunjungilah laman Everything dan nilailah sendiri.


Sekian terima kasih. Selamat mencuba.

#17 Giveaway of the Day. Pusat Barang Percuma Untuk Anda.

         Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Tahukah anda bahawa anda boleh mendapatkan perisian yang berbayar secara percuma. Bila dikatakan percuma bermakna tiada dana yang akan diminta. Bila tiada dana yang diminta bermakna anda boleh menggunakannya dengan tanpa perasaan was-was dan ragu-ragu. Tapi anda diberi masa yang terhad untuk memuat turun perisian tersebut. Siapa cepat dia dapat. Saat ini Giveaway of the Day memberikan anda perisian Paragon System Backup 10.5 dan masa yang diberikannya hanya tinggal 1 jam sahaja lagi. Tanpa membuang masa mari kita berkenalan dengan laman Giveaway of the Day.

1. Sila kunjungi laman Giveaway of the day.

2. Saat anda menggunakan perisian yang dimuat turun daripada laman Giveaway of The Day. Anda harus menepati syarat dikenakan. Antara syaratnya ialah :
  1. Tiada sokongan teknikal. Bermakna segala masalah adalah dibawah tanggungan anda.
  2. Anda tidak dibenarkan menaiktaraf perisian yang dimuat-turun daripada laman ini. Sekiranya anda menggunakan Paragon System Backup 10.5 maka anda tidak boleh menaiktaraf ke versi yang akan datang.
  3. Segala perisian yang dimuat turun daripada laman ini adalah untuk penggunaan perseorangan. Anda tidak boleh menyebarkan perisian yang dimuat turun daripada laman ini.
  4. Sekiranya anda mematuhi peraturan dari laman ini. Anda layak memiliki perisian ini secara percuma.

Apa yang anda tunggu lagi. Kunjungilah laman ini setiap hari. Dan dapatkan perisian berbayar secara percuma.

Tuesday, December 20, 2011

#16 Mengambil Screenshot Pada Sistem Operasi Windows.

              Assalamualaikum. Apa khabar. Diharap pelawat sihat sejahtera. Ok.Hari ini Mr.Tuto nak berkongsi satu perisian untuk mengambil screenshot pada sistem operasi Windows. Sebenarnya ada cara manual untuk mengambil screenshot pada sistem operasi Windows. Tetapi ianya terhad dan agak menyusahkan. Tetapi itu dulu. Zaman sekarang tidak susah seperti dulu. Tanpa membuang masa kita teruskan kepada usaha kita. Tahukah anda apabila anda menggunakan sistem operasi Linux anda telah dibekalkan dengan perisian untuk mengambil screenshot. Tapi bagaimana pula untuk anda mengambil screenshot sekiranya anda menggunakan sistem operasi Windows. Memang terdapat pelbagai perisian untuk mengambil screenshot pada sistem operasi Windows. Tapi kebanyakannya memerlukan dana untuk menggunakannya,dengan erti kata lain anda harus membelinya. Sekiranya anda memang tidak gemar untuk menggunakan barang yang sudah disediakan crack/patch dan sebagainya. Tentu anda bersusah payah untuk mencari penyelesaian. Sebab itulah Mr.Tuto membuat entri berkaitan ini, agar anda dapat mencari jalan penyelesaian untuk mengambil screenshot. Lebih-lebih lagi apabila anda seorang pelajar. Dengan menggunakan perisian Greenshot anda dapat mengambil screenshot dengan mudah. Kerana Greenshot sudah tersedia di taskbar Windows anda cuma perlu klik-kanan pada ikon Greenshot dan pilih sudut manakah yang anda ingin ambil. Terdapat tiga pilihan  yang boleh anda gunakan untuk mengambil screensho.

Sunday, December 11, 2011

#15 Gunakan Google Dengan Sebaiknya.

              Kenapa perlu  gunakan Google dengan sebaiknya. Kebanyakkan daripada kita kurang menggunakan Google. Barang-barang keluaran Google. Google adalah enjin carian yang terbesar di dunia. Buat apa kita nak menggunakan Yahoo,Bing,Lycos dan banyak lagi ah. Sebenarnya, laman enjin carian yang lain nak menandingi dengan Google cukup susah. Kenapa aku cakap susah. Dari segi kelajuan/kepantasan Google tetap nombor 1.  Google sudah mengenali berbilion link. Baru buat blog/laman sesawang. Dah keluar kat enjin carian google. Laman blog Mr.Tuto Yahoo tak kesan langsung. Kurang ajar betul. Maaf agak kasar sedikit sahaja. Kalau nak cari sesuatu perisian/permainan/filem/drama. Dengan mudahnya. Google dapat beri. Yahoo boleh ke. Contoh :- site: "Call Of Duty Modern Warfare 3" Google dapat beri. Yahoo boleh ke. Nak lebih detail lagi, site:mediafire.com "Call Of Duty Modern Warfare 3" mesti berlambak link tersebut. Tapi Mr.Tuto tak gemar sangat guna site:mediafire "what". Sebab kalau download link tu ada password mana nak dapatnya. Berapa ramai orang yang berkongsi benda yang sama. Kalau nak cari tu guna macam biasa je. Call Of Duty Modern Warfare 3 Mediafire. Kan mudah.
Sebenarnya entri kali ni wa nak terapkan. cara mencari sesuatu program dengan Google.

Selamat mencuba.

Friday, December 9, 2011

#14 Virus Untuk Mu.

Pada entri kali ini Mr.Tuto tak nak bercerita tentang tutorial,tips dan trik. Tetapi bila difikirkan semula entri ini juga berkisarkan tips an trik. Tapi tips dan trik kali ini agar ganas juga. Sebab tip kali ini adalah untuk mengenakan orang yang anda tidak suka ataupun memberi ketakutan pada seseorang. Ketakutan yang amat mendalam. Ok. Ada lebih 6000 virus didalam fail berektensi .rar. Samada anda percaya atau tidak, anda mesti mempercayainya. Tapi jangan kenakan Mr.Tuto sudahlah. Menangis tak berlagulah jawabnya Mr.Tuto nanti. 


Ini link dia (Mediafire) (Size: 10.71 MB)
6000 Virus For You.
Password : auToeXeCw0rm

Selamat mengenakan.


Sumber : copypastecopypaste

#13 Tak Suka Kepada Distro Linux? Buang Je. Tapi Macam mana?

Kali ini tutorial Mr.Tuto khusus untuk pengguna Windows yang tegar/sejati/takut hendak mencuba benda baru/seorang yang pemikirannya buntu kerana tidak tahu menggunakan Distro Linux Ubuntu yang khusus kepada pengguna baru Linux dan banyak lagi. Tetapi sekiranya anda nak buang Linux sebab nak cuba linux lain,Mr.Tuto tabik sebagai tanda hormat. Perhatian semua, entri ini bukan untuk marah pengguna Microsoft Windows,tapi nak mengingatkan sahaja. Rugi kalau tidak mencuba linux secara serius. Tugas manusia di dunia ini kan untuk mengingat dan mengingati antara satu sama lain. Jadi anda perlu mencuba Linux ok. Ok. Entri kali ini Mr.Tuto dapat daripada satu komen di blog kegemaran Mr.Tuto iaitu My Hackers Are Here. Bermakna kredit untuk lu bro. Wa rasa bangga bila dapat puji blog ni. Kalau lu tak percaya lu puji blog ni. Mesti hati lu akan tenang je.Tanpa membuang Kita teruskan usaha kita untuk membuang Distro Linux.


1. Anda memerlukan satu perisian yang diberi nama EasyBCD
    Klik disini untuk memuat turun perisian EasyBCD. Sekarang ini versi 2.1.2.156 
    (Saiz hanya 1.4 MB Sahaja)

Thursday, December 8, 2011

#12 Leech! Muat Turun Dengan Kelajuan Tinggi.

Sebelum kita memulakan topik kita. Marilah kita mengenali apa itu Leech.


Apa itu Leech?
Dengan bahasa mudahnya Leech bermaksud memuat turun dua kali. Leech juga sama seperti Premium Account dan Premium Cookies. Sebahagian Leech hanya membekalkan kelajuan yang tinggi tetapi tidak boleh disambung (resume) proses memuat turun tersebut.


Apa yang dimaksudkan memuat turun dua kali itu?
Memuat turun dua kali itu bermaksud, kita ambil contoh Filesonic.com. Apabila anda memuat turun sesuatu fail dari Filesonic anda hanya akan memuat turun sekali sahaja berbanding apabila anda menggunakan Leech. Sekiranya anda menggunakan Leech anda perlu memuat turun dua kali. Apabila anda memasukkan sesuatu link daripada Filesonic ke laman Leech. Laman leech tersebut akan melakukan proses transload. 


Apa yang dimaksudkan dengan Transload?


Server Filesonic ---> Server Laman Leech ---> Ke Komputer
                  (Transload)                     (Download)

Wednesday, December 7, 2011

#11 Portal IslamGRID

            Ok. Pada entri kali ini Mr.Tuto tidak akan menceritakan tentang tutorial,tips dan trik. Tetapi Mr.Tuto akan berkongsi ilmu dari segi memantapkan akidah umat Islam khususnya di dalam Malaysia. Ini adalah entri pertama Mr.Tuto yang tidak berkisarkan kepada tutorial,tips dan trik. Sebenarnya laman Malay Tutorial ini bukan menceritakan tentang tutorial,tips dan trik sahaja. Tetapi merangkumi segala bentuk aspek kehidupan. Sebagai umat Islam kita haruslah menjadi seorang muslim dan mukmin yang sejati. Jangan hanya Islam pada kad pengenalan sahaja. Baru-baru ini kita telah menyambut Maal Hijrah. Apa salahnya kita berubah kepada kebaikan. Ok. Mr.Tuto akan menceritakan sedikit tentang Portal IslamGRID ini. Portal IslamGRID ini dibina atas kerjasama daripada pihak MAMPU dan JAKIM. Tujuan Portal IslamGRID ini dibina adalah untuk mengumpul,memulihara,menyebar dan mempromosi ilmu Islam kepada semua umat Islam global. Selebihnya boleh dibaca di Portal IslamGRID di halaman Mengenai IslamGRID. Terdapat juga halaman Doa Zikir Harian yang disertakan di dalam portal ini. Yang penting ia di dalam bentuk video kanak-kanak agar lebih menceriakan suasana untuk belajar dan menghafaz. Tanpa membuang masa bolehlah anda mengunjungi ke Portal IslamGRID untuk belajar mengenai Islam dan memantapkan lagi akidah kita bersama.


Klik disini untuk mengunjungi Portal IslamGRID.

Tuesday, December 6, 2011

#10 Mengetahui Link Disebalik Link.

             Maksudnya adalah mengetahui link di sebalik url Adf.ly. Seperti yang anda ketahui bahawa terdapat servis untuk meringkaskan atau memendekkan link kita. Salah satunya ialah Adf.ly. Sekiranya anda menggunakan Adf.ly anda akan dibayar. Siapa yang tak nak gunakan benda percuma dan mendapat pulangan yang lumayan. Kadang kala untuk memasuki laman Adf.ly agak lambat dan harus menunggu selama 5 saat baru kita akan dibawa ke laman yang kita kehendaki. Tapi itu dulu, zaman sekarang dah tak tak macam dulu lagi. Semuanya dah ada perubahan. Cuma perlukan talian internet semua boleh buat. Banyak laman sesawang yang menggunakan servis Adf.ly antaranya New Live Cookies salah satu laman yang menawarkan premium cookies supaya anda boleh memuat turun sebagai pengguna premium di laman file sharing seperti Filesonic,Wupload dan Hotfile. Kita teruskan kepada topik kita iaitu mengetahui link disebalik laman sesawang Adf.ly. Caranya cukup mudah. Yang Mr.Tuto tahu adalah dengan menggunakan cara auto iaitu dengan mengunjungi laman Get.DownSoftPro.com. Apa yang bestnya pada laman Get.DownSoftPro adalah Get.DownSoftPro juga membekalkan direct link Mediafire dan boleh memeriksa download link sebelum anda memuat turun daripada berbagai file sharing seperti Megaupload,Rapidshare, Filesonic dan banyak lagi. 


Kunjungilah laman sesawang Get.DownSoftPro.com sekarang. 

#9 Hantar SMS Percuma. Malaysia Dan Ke Serata Dunia.

Kini anda boleh menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) ke seluruh rangkaian di Malaysia dan ke serata pelusuk dunia. Dan yang penting ia adalah percuma. Tiada limit dari segi penghantaran tetapi limit hanya pada kandungan sms anda. 320 patah perkataan. Takkan anda nak menghantar SMS sampai 320 patah perkataan. Dah macam buat karangan SPM. 320 patah perkataan,macam-macam anda boleh kongsi cerita. Mungkin anda boleh gunakan sistem pesanan ringkas atas talian ini untuk bertanya khabar kepada rakan anda yang berada di Unites States. Sebelum itu Mr.Tuto nak beri kredit kepada Bro Mr.Hac daripada My Hackers Are Here. Tanpa melengahkan masa Mr.Tuto akan memperkenalkan laman tersebut gottasend nama diberi. 

Ciri-ciri gottasend.

#8 Uninstall Aplikasi Windows Hanya Dengan Klik-Kanan! Boleh Ke?

Boleh ke nak membuang sesuatu program Windows hanya dengan klik-kanan. Sudah tentu boleh tapi menggunakan bantuan perisian pihak ketiga (Third-party Software). Nama perisian tersebut adalah Menu Uninstaller. Perisian ini dibina oleh LeizerSoft. Software ini hanya untuk Windows 7,Vista dan XP sahaja. Ada ke orang yang menggunakan selain Windows tersebut zaman sekarang ini. Baik gunakan Linux. Perisian ini adalah percuma jadi sesiapa sahaja boleh menggunakannya yang penting mengikut EULA License Agreement. Tapi ada ke orang baca benda tu. Hahaha!. Tapi perlu difikirkan semula sebelum menggunakan perisian ini kerana uninstaller dia sama seperti Windows Uninstaller. Perisian ini dibina hanya untuk sedikit memudahkan pengguna Windows. Mr.Tuto menyeru agar anda semua menggunakan perisian Uninstaller yang lengkap seperti Revo Uninstaller.

Monday, December 5, 2011

#7 Pastikan Bahawa Blog Anda Bersih.

Mesti para blogger akan merasa susah kalau blog mereka dijangkiti virus. Tapi mungkin ada yang tidak tahu bagaimana untuk memeriksa bahawa blog kita benar-benar bersih. Macam biasa. Zaman sekarang bukan seperti zaman dulu. Asalkan ada talian internet semua pengetahuan boleh dapat. Anda akan memeriksa laman sesawang anda adakah betul-betul selamat atau tidak dengan menggunakan Dr.Web. Salah satu antivirus yang berpengaruh juga. Ok,sampai disini sahaja mukaddimah Mr.Tuto.


1. Kunjungi laman sesawang Dr.Web Online Check.


2. Masukkan alamat laman sesawang anda. 
Contoh :- http://malaytutorial-01.blogspot.com

Sunday, December 4, 2011

#6 Jadikan DVD Windows 7 Anda All-In-One.

Pernahkan anda terfikir untuk download Windows 7 Starter tetapi nak cari link memang susah. Itu zaman dulu je. Tapi sekarang dengan mudah anda boleh mendapatkannya. Bukan Windows 7 Starter je. Tetapi semua Windows ada dalam satu DVD Windows 7. Bermula dari Windows 7 Starter,Home Basic,Home Premium,Professional dan Ultimate Caranya cukup mudah. Sama ada cara manual ataupun auto. Kalau takut nak godek tinggal guna cara auto je. 

1. Dapatkan Windows 7 DVD. Sekiranya belum dapat download dulu. Pastikan gunakan Internet Download Manager untuk mendapatkan kelajuan tahap Gaban. DVD Windows 7 ini adalah berektensi(extension) .iso

=Pilih mengikut komputer anda. Sila cek sebelum download. Samada x86 atau x64


#5 Windows Movie Maker Untuk Windows 7.

Hah! Apa dia? Windows Movie Maker untuk Windows 7. Seperti yang anda ketahui. Mcrosoft Windows sengaja tidak membekalkan kita Windows Movie Maker untuk pengguna Windows 7. Tetapi anda boleh dapatkannya dengan menginstall Windows Live. Ah! Terlalu rumit tu. Tetati disini tiada yang rumit mahupun menyusahkan pengguna-pengguna semua. Windows Movie Maker ini diberi nama Windows Movie Maker V6. Install macam biasa dan terus gunakan pun macam biasa. Tekan butang Next je. 



Photobucket

Saiz Mr.Tuto tak payah cakap. Berat software ni. *.% MB je (tukar sendiri). Link Mediafire. Jadi tak perlu risau pasal kelajuan.


 Windows Movie Maker V6


Selamat mengedit.

#4 Meningkatkan Prestasi Distro Linux aka Tambah RAM.

               Ok. Kali ini Mr.Tuto akan memberikan tutorial kepada pengguna Linux. Disini Mr.Tuto ingin menegaskan kepada sesiapa yang belum pernah mencuba Distro Linux ini,segaralah beralih ke Linux dan jangan hanya bergantung kepada Windows sahaja. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Windows mempunyai antara pengguna yang ramai. Semasa kita membeli komputer,kita akan dibekalkan sistem operasi Windows. Kerana itulah kita tidak dapat lari daripada menggunakan Windows ini. Jangan takut untuk menggunakan Linux, kerana Linux cukup mudah difahami oleh pengguna baru. Apabila anda menggunakan Linux anda boleh melakukan kerja menggodek dengan menggunakan terminal (nampak pro sikit). Linux juga seperti Windows. Di Windows, apabila anda menghilangkan fail penting pada Folder Windows kemungkinan Windows anda tidak boleh digunakan dan anda harus format. Begitu juga pada Linux dan operating system lain.  Tanpa membuang masa,marilah kita meneruskan tugas kita yang sepatutnya.

Saturday, December 3, 2011

#3 Membina Sistem Operasi Linux Dengan Mudah.

Siapa yang tak mahu membuat sistem operasi sendiri. Lebih-lebih lagi menggunakan Distro Linux yang bebas virus buat masa ini. Mr.Tuto juga dah buat satu Distro linux menggunakan Gnome sebagai antaramuka Linux Mr.Tuto . Selain itu Linux juga mudah dikendalikan berbanding operating system lain. Dengan menggunakan Suse Studio anda dapat membina sistem operasi linux secara atas talian. Rasanya Suse Studio ini dibawah kendalian OpenSuse,salah satu Distro yang popular juga. Tanpa melengahkan masa marilah kita sama-sama membina Distro Linux yang bakal bersaing dengan Windows dan Macintosh.

#2 Download Sebagai Pengguna Premium Dengan Premium Cookies


'Premium Cookies' adalah salah satu cara untuk memuat turun seuatu fail daripada laman perkongsian seperti Filesonic,WUpload,Hotfile dan sebagainya. Selain menggunakan 'Premium Account' sebagai cara manual dan menggunakan 'Leecher' sebagai cara auto. Anda juga boleh menggunakan Premium Cookies sebagai alternatif lain untuk memuat turun daripada laman perkongsian tersebut.


1. Anda harus bookmark dahulu 'Javascript Premium Cookie'. Gunakan browser 'Google   Chrome' untuk memudahkan lagi kerja anda.

2. Klik kanan bookmark bar dan pilih Add Page.

Friday, December 2, 2011

#1 Upload Fail Ke Pelbagai File Hosting Dengan MultiUpload.

Sekiranya anda seorang blogger pastinya agak susah untuk upload file ke pelbagai File Hosting seperti Filesonic,Fileserve,Hotfile dan banyak lagi. Selain itu, ia akan menyusahkan anda untuk register, lepas register nak kena confirm kat email dan baru boleh upload. Tapi sekarang dah tak susah macam dulu. Asalkan anda mempunyai "internet connection" macam-macam perkara anda boleh lakukan.