Saturday, February 18, 2012

#28 Adblock Dan Better Pop Up Blocker.

       Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,apa khabar sidang pembaca sekalian. Diharap sihat sejahtera. Entri pada kali ini dikhususkan kepada pengguna Google Chrome,Chromium,Chrome Plus mahupun sekutu Google Chrome yang lain. Entri ini akan membantu anda  untuk membunuh atau menyembunyikan ads yang terlalu banyak pada sesebuah laman. Siapa yang tidak kenal akan Adblock, Satu 'extension' yang cukup hebat untuk membunuh atau menyembunyikan ads yang melampau. Penggunaan Adblock sahaja tidak cukup untuk membunuh atau menyembunyikan 'ads' ia harus bergabung dengan satu 'extension' yang bagus dan berkualiti. Itulah Better Pop Up Blocker. Better Pop Up Blocker digunakan untuk melawan pop up yang akan keluar secara automatik pada sesuatu laman. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa dunia 'internet' adalah dunia dimana manusia mencari pendapatan sampingan. Jadi mereka akan meletakkan ads yang terlalu banyak sehingga menyebabkan laman mereka menjadi terlalu lembab/lambat untuk dibuka. Sebagai seorang 'blogger',kita seharusnya tidak meletakkan terlalu banyak ads dan pop up ads. Ini akan menyebabkan seseorang pengunjung akan berasa tertekan dan menyirap atas perbuatan kita. Jadi secara tidak langsung kita juga yang akan mengalami kerugian.


       Satu atau dua langganan 'ads' sudah memadai untuk kita mendapatkan pendapatan sampingan secara atas talian. 'Ads' bukan untuk dipaksa. Sekiranya anda memaksa seseorang untuk mengklik ads di laman anda. Anda boleh dikenakan hukuman kerana melanggar terma dan syarat pelangganan 'ads' daripada laman penyedia. Cukuplah sampai disini,marilah kita berkenalan dengan 'extension' Adblock dan Better Pop Up Blocker.


Adblock

  • Adblock ialah satu extension dimana ia akan menyekat ads yang ada di suatu laman. 
  • Adblock merupakan suatu extension yang amat popular dikalangan pengguna Chrome dan Firefox.
Sekiranya anda mendapati bahawa masih terdapat ads di suatu laman sedangkan anda telah mengaktifkan Adblock ia tidak akan menjadi masalah. Ads itu ialah gambar yang berisi url suatu laman. Memang anda akan berprasangka bahawa itu adalah ads. Namun itu bukanlah satu ads. Sekiranya anda berasa bahawa itu akan menyemakkan pandangan anda. Anda bolehlah menghilangkannya dari pandangan anda dengan :


1. Klik kanan pada gambar,pilih Adblock dan klik pada Block this ad.



2. Akan keluar paparan seperti ini. Klik pada Looks good.


3.  Selepas anda klik Looks good. Anda perlu Klik Block it! untuk pengesahan. Siap. Penglihatan anda akan lebih tertumpu kepada isi penting. Tiada lagi ads yang mengganggu.



Better Pop Up Blocker :

Seperti yang anda ketahui bahawa dengan menggunakan Adblock sahaja tidak mencukupi kerana masih terdapat ads yang diselitkan pada 'pop up windows'. Jadi anda memerlukan 'extension' ini untuk membantu anda. Dalam pada mempunyai kebaikan ia masih mempunyai kekurangan,kekurangannya ialah ia akan menyekat semua pop up yang akan keluar. Anda boleh mengetahui dengan melihat pada kerdipan 'extension' ini pada bahagian atas kanan 'browser' Google Chrome anda. Tapi itu tidak akan jadi masalah. Anda boleh membenarkan pop up keluar secara automatik dengan mengklik ikon dan klik pada allow http://www.lamananda.com. Untuk menyekat kembali klik pada ikon Better Pop Up Blocker dan pilih Forbid http://www.lamananda.com


Adblock [Klik Sini]
Better Pop Up Blocker [Klik Sini]


Kini,segala masalah anda sudah dapat diatasi. Selamat mencuba.