Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Hari ini Mr.Tuto tidak mahu berceloteh banyak. Hanya untuk memperkenalkan satu perisian yang akan membuatkan kemunculan Aero Glass pada Windows 7 Starter. Mungkin sebelum ini untuk mencantikkan latar belakang Windows 7 Starter anda akan menggunakan perisian pihak ketiga seperti Windows Blind,Winstep Nexus dan pelbagai perisian untuk mencantikkan lagi latar belakang Windows 7 anda.
Apabila anda mempunyai perisian ini maka secara automatiknya anda boleh menukar gambar latar belakang. Anda tidak memerlukan lagi perisian yang boleh memberatkan jalan kerja komputer anda.
Cara memasang dan huraian :-
1. Hanya dengan dua kali perisian ini anda akan dapat memasang aero glass.
2. Tetapi sebelum itu anda harus mematikan segala perisian yang sedang berjalan kerana apabila anda klik dua kali perisian ini secara automatik komputer anda akan 'restart'.
3. Jikalau anda mempunyai syak wasangka dengan perisian ini anda boleh membuangnya. Cukup dengan klik dua kali dan secara automatik komputer anda juga akan 'restart'.
4. Anda juga boleh menggunakan Aero Peek,Aero Shake dan WinFlip 3D pada Windows 7 Starter apabila anda menggunakan perisian ini
Windows 7 Starter Aero Patch [Klik Sini]