Friday, February 17, 2012

#27 My Hackers Are Here dan OMG! Hackers?. Apa Persamaannya?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera bagaimana kesihatan sidang pembaca sekalian. Diharapnya sihat sejahtera dan baik belaka. Entri kali ini akan memberitahu tentang satu laman yang wajib dikunjungi dan laman Bahasa Melayu yang hebat. Laman tersebut adalah My  Hackers Are Here. Apa pula persamaannya dengan OMG! Hackers?. Adakah laman OMG! Hackers? ini telah mencetak rompak entri daripada laman My Hackers Are Here. Oh tidak sama sekali. Sekiranya anda seorang yang peka terhadap isu semasa,sudah pasti anda akan mendapati bahawasanya laman My Hackers Are Here yang selama ini anda kunjungi sudah tidak dapat dikunjungi lagi.

   Huh! Bagaimana dengan ilmu yang selama ini dicurahkan kepada kami? Usah menggusarkan hati anda. Segalanya terselamat. Yang tidak terselamat cuma nama domain myhackersarehere.com. Walaupun nama domain sahaja yang tidak terselamat,namun begitu,ia hampir mempengaruhi keseluruhan laman ini.


Mari kita lihat efek daripada perubahan nama domain My Hackers Are Here:
  • Bagi Mr.Tuto ini yang amat ketara. Google sahabat kita tidak memberi respons yang positif. Sebelum ini,seperti yang diketahui oleh umum bahawa dengan menulis "myh" pada carian, Google telah menunjukkan carian yang paling popular. My Hackers Are Here juga tersenarai. Namun,sekarang ini. tulis omghackers.com pun google tidak menunjukkan respons. Tapi takpa bro Mr.Hac kita mesti mula daripada bawah. Nescaya akan berjaya. Teruskan usaha bro dan rakan penulis disana.
  • Seperti yang anda ketahui bahawa nilai domain myhackersarehere.com adalah bernilai RM 81K... [Sila klik untuk bukti]. Takpa domain omghackers.com baru sahaja dilepaskan kepada umum. Jadi,kita tunggu satu tahun lagi untuk domain omghackers.com kemungkinan besar ia bakal menyaingi domain myhackersarehere.com. Buat pengetahuan umum domain ini telah dibeli dari laman NetKL.
Laman OMG! Hackers? adalah laman yang wajib anda kunjungi kerana laman ini bukan sekadar membekalkan kepada anda info tentang 'hacking'. Laman ini adalah laman yang rawak. Laman ini cukup bagus kerana hanya beberapa bulan sahaja laman ini dapat bersaing dengan laman yang lain yang gah berdiri di persada dunia. Jangan anda berprasangka bahawa laman ini dalam Bahasa Melayu ia tidak boleh pergi jauh. Cuba anda perhatikan pengguna Google ada 'Google Translate'. Walaupun 'Google Translate' tidak betul-betul 'perfect' kerana ia buatan manusia namun ia masih boleh digunakan untuk melakukan kerja penterjemahan dalam 21 atau lebih bahasa dunia. Sekian terima kasih.

Kunjungi laman OMG! Hackers? untuk lebih lagi [Klik Sini]

Selamat Menelaah.