Friday, February 3, 2012

#26 Similar Sites.

         Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Apa khabar,semoga sihat sejahtera. Kenapa kita perlu sihat? Pernah anda lihat orang sakit 'online'?. Terbaring je. Kita perlu sihat sekiranya ingin menuntut ilmu. Itulah sedikit mukaddimah daripada Mr.Tuto. 

          'Similar sites' atau dalam Bahasa Melayunya laman yang serupa/menyerupai/hampir sama dan pelbagai lagi nama yang boleh anda gunakan. Apakah kepentingan laman similar sites ini? Secara tidak langsung,laman ini memang sangat berguna untuk anda tanpa anda sedari. Sebelum ini Mr.Tuto ada menaip/menulis entri tentang JumboFiles.com alternatif kepada Mediafire [Klik Sini]. Dari mana Mr.Tuto dapat laman JumboFiles ini? Sudah semestinya daripada laman 'similar sites' yang bertebaran di alam maya. Nanti Mr.Tuto akan senaraikan hasil daripada Google. Sebenarnya banyak lagi laman perkongsian fail yang hampir menyerupai mediafire. Tapi untuk membuat entri Mr.Tuto telah memilih JumboFiles sebagai punca kepada laman-laman yang lain. Mengapa Mr.Tuto katakan laman 'similar sites' ini sangat penting. Kerana laman ini akan memudahkan anda untuk mencari laman yang hampir serupa dengan laman yang anda kehendaki. Cukuplah sampai disini. Mr.Tuto tidak mahu menulis lebih panjang lagi tentang laman 'similar sites' anda kunjungi laman 'similar sites' dan anda rasai kenikmatan laman tersebut. Sebelum itu,Mr.Tuto ingin sumbatkan laman yang mungkin menjadi alternatif kepada Mediafire.com. Laman tersebut ialah PutLocker.com [Klik Sini] dan GRupload.com [Klik Sini].

Laman-laman 'similar sites'.
  • Similar Sites search. [Klik Sini]. Jangan anda terpedaya dengan antaramuka laman ini. Walaupun ringkas. Tapi carian laman ini cukup bagus. Antara laman 'similar sites' kegemaran Mr.Tuto.
  • Sites Like. [Klik Sini]. Laman ini boleh dikatakan cantik. Dan sesuai bagi anda yang cintakan kecantikan. Laman ini boleh dikatakan kurang bagus kerana tiada sedikit pun penerangan yang diberikan.
  • Similar Sites.com [Klik Sini]. Boleh dikatakan bagus kerana antaramuka laman yang kemas dan ada penerangan disertakan.
  • Similar Sites.net [Klik Sini]. Laman yang kemas dan antaramuka yang cantik. 
Dan banyak lagi. Gunakan Google,kerana Google sangat membantu.

Selamat mencuba