Thursday, March 15, 2012

#30 Email Bomber

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Hari ini Mr.Tuto akan memberi tutorial untuk mengenakan sahabat,guru,sekolah dan sesiapa sahaja yang mempunyai e-mail. Tutorial ini Mr.Tuto dapat daripada sahabat blogger dari seberang. Tahniah kepada beliau kerana menyediakan entri yang mudah difahami kerana Mr.Tuto juga belajar Bahasa Indonesia dari sinetron pada petang hari,siaran TV3,Astro Ria dan sebagainya. Kunjugi laman beliau dengan menggunakan Google. Kata kunci "Java Creativity"

     Mengapa dikatakan "Email Bomber"? Kerana anda akan menghantar mail spam ke dalam inbox mangsa anda. Mail spam macam mana yang disebutkan oleh Mr.Tuto? Anda akan menghantar mail yang sama berulang-ulang kali mengikut kemahuan anda. 100,200,300 mahupun 400. Buat masa ini Mr.Tuto pernah mencuba pada e-mail sahabat Mr.Tuto sebanyak 250. Belum cukup kejam lagi.  Dari apa yang Mr.Tuto dapat sewaktu menggunakan servis ini ialah servis ini dapat menghantar 15 mail dalam seminit. Kira menguntungkan juga lah tu.

Friday, March 2, 2012

#29 Survey Remover.

        Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Apa khabar. Pada entri yang ke 29 ini. Mr.Tuto akan mengajarkan cara untuk menghilangkan "kotak 'survey'" atau melepaskan diri daripada kajian mereka. Tetapi perlu diingat bahawa cara ini hanya akan menghilangkan kaji selidik daripada laman yang menggunakan CPAlead,AdscenceMedia,LeadBolt.Untuk laman ShareCash sila kunjungi laman OMG! Hackers?  Caranya cukup mudah. Tanpa melengahkan masa marilah sesama kita membanteras kegiatan 'survey' didalam kehidupan kita. Tapi perlu diingat,jangan terlalu suka mencari kerja yang mudah seperti memasang 'addons' yang mereka sediakan. Anda tidak akan dapat menggunakannya kerana anda perlu donate ataupun beli 'activation key' daripada mereka. Jadi gunakan cara 'manual'.

1. Mr.Tuto menggunakan pelayar Mozilla Firefox. Tetapi semua pelayar adalah sama.

2. Kunjungi laman XJZ SURVEY REMOVER (Save Your Time,Money and Privacy). [Klik Sini].

Saturday, February 18, 2012

#28 Adblock Dan Better Pop Up Blocker.

       Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,apa khabar sidang pembaca sekalian. Diharap sihat sejahtera. Entri pada kali ini dikhususkan kepada pengguna Google Chrome,Chromium,Chrome Plus mahupun sekutu Google Chrome yang lain. Entri ini akan membantu anda  untuk membunuh atau menyembunyikan ads yang terlalu banyak pada sesebuah laman. Siapa yang tidak kenal akan Adblock, Satu 'extension' yang cukup hebat untuk membunuh atau menyembunyikan ads yang melampau. Penggunaan Adblock sahaja tidak cukup untuk membunuh atau menyembunyikan 'ads' ia harus bergabung dengan satu 'extension' yang bagus dan berkualiti. Itulah Better Pop Up Blocker. Better Pop Up Blocker digunakan untuk melawan pop up yang akan keluar secara automatik pada sesuatu laman. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa dunia 'internet' adalah dunia dimana manusia mencari pendapatan sampingan. Jadi mereka akan meletakkan ads yang terlalu banyak sehingga menyebabkan laman mereka menjadi terlalu lembab/lambat untuk dibuka. Sebagai seorang 'blogger',kita seharusnya tidak meletakkan terlalu banyak ads dan pop up ads. Ini akan menyebabkan seseorang pengunjung akan berasa tertekan dan menyirap atas perbuatan kita. Jadi secara tidak langsung kita juga yang akan mengalami kerugian.

Friday, February 17, 2012

#27 My Hackers Are Here dan OMG! Hackers?. Apa Persamaannya?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera bagaimana kesihatan sidang pembaca sekalian. Diharapnya sihat sejahtera dan baik belaka. Entri kali ini akan memberitahu tentang satu laman yang wajib dikunjungi dan laman Bahasa Melayu yang hebat. Laman tersebut adalah My  Hackers Are Here. Apa pula persamaannya dengan OMG! Hackers?. Adakah laman OMG! Hackers? ini telah mencetak rompak entri daripada laman My Hackers Are Here. Oh tidak sama sekali. Sekiranya anda seorang yang peka terhadap isu semasa,sudah pasti anda akan mendapati bahawasanya laman My Hackers Are Here yang selama ini anda kunjungi sudah tidak dapat dikunjungi lagi.

   Huh! Bagaimana dengan ilmu yang selama ini dicurahkan kepada kami? Usah menggusarkan hati anda. Segalanya terselamat. Yang tidak terselamat cuma nama domain myhackersarehere.com. Walaupun nama domain sahaja yang tidak terselamat,namun begitu,ia hampir mempengaruhi keseluruhan laman ini.

Friday, February 3, 2012

#26 Similar Sites.

         Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Apa khabar,semoga sihat sejahtera. Kenapa kita perlu sihat? Pernah anda lihat orang sakit 'online'?. Terbaring je. Kita perlu sihat sekiranya ingin menuntut ilmu. Itulah sedikit mukaddimah daripada Mr.Tuto. 

          'Similar sites' atau dalam Bahasa Melayunya laman yang serupa/menyerupai/hampir sama dan pelbagai lagi nama yang boleh anda gunakan. Apakah kepentingan laman similar sites ini? Secara tidak langsung,laman ini memang sangat berguna untuk anda tanpa anda sedari. Sebelum ini Mr.Tuto ada menaip/menulis entri tentang JumboFiles.com alternatif kepada Mediafire [Klik Sini]. Dari mana Mr.Tuto dapat laman JumboFiles ini? Sudah semestinya daripada laman 'similar sites' yang bertebaran di alam maya. Nanti Mr.Tuto akan senaraikan hasil daripada Google. Sebenarnya banyak lagi laman perkongsian fail yang hampir menyerupai mediafire. Tapi untuk membuat entri Mr.Tuto telah memilih JumboFiles sebagai punca kepada laman-laman yang lain. Mengapa Mr.Tuto katakan laman 'similar sites' ini sangat penting. Kerana laman ini akan memudahkan anda untuk mencari laman yang hampir serupa dengan laman yang anda kehendaki. Cukuplah sampai disini. Mr.Tuto tidak mahu menulis lebih panjang lagi tentang laman 'similar sites' anda kunjungi laman 'similar sites' dan anda rasai kenikmatan laman tersebut. Sebelum itu,Mr.Tuto ingin sumbatkan laman yang mungkin menjadi alternatif kepada Mediafire.com. Laman tersebut ialah PutLocker.com [Klik Sini] dan GRupload.com [Klik Sini].