Ada beribu kelebihan Windows 7 berbanding Windows keluaran sebelumnya. Salah satunya ialah servis "Superfetch". Apa yang dilakukan oleh Superfetch ini. Superfetch adalah satu servis di Windows 7 yang mana ia menyimpan sedikit penggunaan RAM. Tujuannya untuk apa? Tujuannya adalah untuk mempercepatkan proses pembukaan sesuatu program selepas ianya ditutup atau dipadamkan. Sekiranya anda memiliki RAM yang sedikit. Mungkin anda perlu mematikan servis Superfetch ini untuk menjimatkan penggunaan RAM yang melampau. Tanpa perlu berbahasa basi lagi. Marilah kita mematikan fungsi/servis Superfetch ini.
1. Buka Control Panel dan klik pada System and Security.

2. Pilih Administrative Tools.

3. Pilih Services.

4. Cari servis Superfetch dan klik kanan pilih Properties.

5. Pada Properties skrol ke bawah pada bahagian Startup type dan pilih Disable. Apply dan Ok.

Selamat mencuba dan menikmatinya.
Segala sumber dan ilustrasi datangnya daripada laman BaikiPC.