Wednesday, January 25, 2012

#22 Disposable Email Address.

               Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Apa khabar,diharapnya sihat sejahtera. Hari ini Mr.Tuto hendak menceritakan tentang 'Disposable Email Address' boleh juga dikenali sebagai 'Temporary Email Address' atau Email Sementara

Definisi dan huraian email sementara:-
- Email sementara adalah email yang digunakan hanya sementara atau di tetapkan untuk 
  menggunakannya selama beberapa jam,hari,minggu,mahupun bulan.
- Kegunaan email sementara ini adalah untuk membuat percubaan terhadap sesuatu    laman yang memerlukan anda membuat pendaftaran sebelum menggunakan perkhidmatan yang 
  mereka sediakan. 
- Juga untuk mengurangi 'Email Spam'. Tentunya anda akan berasa menyirap sekiranya inbox anda dipenuhi dengan email yang tak berfaedah. Contohnya email tersebut memberitahu 'wemiss you Mr.Tuto'. Sunguh menyakitkan hati!
- Selain itu,sebahagian daripada pengeluar email seperti ini ada yang menawarkan tahap sekuriti yang terbaik. dan ada juga yang tidak menawarkan sekuriti. Jadi ini boleh membahayakan anda. Saranan Mr.Tuto agar anda menggunakan nama email yang pelik bagi menyukarkan pihak tertentu daripada menceroboh hak peribadi anda.
- Email sementara ini kebanyakkannya tidak memerlukan pendaftaran. Masukkan nama 
  email dan segera menggunakannnya.

Cukup sampai disini. Sebarang ketidakfahaman bolehlah bertanya di ruangan komen. Pada kali ini Mr.Tuto akan memberikan tutorial menggunakan email sementara daripada YOPmail.

Perkara yang perlu anda tahu tentang YOPmail - Disposable Email Address. [Klik Sini]
- Sudah semestinya percuma.
- Mudah untuk mengendalikannya.
- Tiada pendaftaran
- Tiada kata laluan. Ini akan memudahkan anda atau mungkin menyukarkan anda. Sebab itu Mr.Tuto sarankan agar menggunakan nama email yang pelik. 
- Mesej anda akan disimpan didalam inbox anda selama lapan hari.
- Ada servis 'Random Email address'. Untuk mereka yang tiada masa untuk berfikir nama 
  yang pelik.
- Menyediakan plugin/addon untuk Mozilla Firefox dan Internet Explorer. Untuk memudahkan anda ke laman ini.
- Ada servis chat sesama ahli YOPmail.
- Dan yang penting. Tahap sekuriti YOPmail mungkin diantara yang tebaik. 

1. Kunjungi dahulu laman YOPemail - Disposable Email Address. [Klik Sini]

2. Masukkan nama email pelik anda dan klik butang Check Inbox. Anda akan dibawa ke 
    peti masuk/Inbox anda.

Photobucket


Photobucket

3. Seperti yang telah diberitahu bahawa sekuriti YOPmail boleh dikatakan terbaik kerana. 
    Rujuk dibawah:-


Email asli     : mr.tuto@yopmail.com
Email alias    : axel.walker-4rrrce2e@yopmail.com


4. Sekiranya anda menggunakan email ini untuk berbalas mesej dengan seseorang. Bukan
    email asli anda dipamerkan tetapi email alias. Hanya untuk kegunaan sesama rakan  
    YOPmail sahaja
  


5. Anda boleh juga mencuba email sementara yang lain:-